Program Sambutan Awal Muharram bersama Komuniti Kota Keran, Kangar
17 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2026, telah berlangsung Program Sambutan Awal Muharram bersama Komuniti Kota Keran, Kangar dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Pihak NADI turut dijemput bagi memeriahkan program serta menyampaikan taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) kepada komuniti setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Majlis Khatam Al-Quran, aktiviti gotong-royong mengacau bubur lambuk, diikuti dengan taklimat Kempen Internet Selamat (KIS). Melalui taklimat tersebut, komuniti diberikan pendedahan mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab.
Program ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti, malah menjadi platform kepada NADI untuk meningkatkan kesedaran keselamatan digital serta mendekatkan perkhidmatan NADI kepada masyarakat setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: